Penglibatan Navin Manogaran

Kerja

Pada tahun 2002, beliau telah menceburi bidang perguruan dengan melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan untuk menjadi seorang guru yang terlatih. Setelah memperoleh diploma perguruan, beliau telah berkhidmat di SJKT Batu Caves dan SJKT Taman Melawati. Kini, beliau sedang berkhidmat di SJKT Ladang Sungai Rambai, Kuala Selangor. Dalam pada itu, beliau juga sudah memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kesusasteraan Tamil dari Universiti Malaya.

Penglibatan dalam penerbitan majalah

M.Navin pernah berkhidmat dalam penyuntingan majalah hiburan bulanan yang berjudul ‘Mannan’ selama dua tahun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai penyunting kanan dalam penerbitan majalah sastera bulanan yang berjudul ‘Khathal’. Majalah tersebut pernah diterbitkan selama 10 bulan secara berterusan.

Beliau merupakan pencetus inisiatif untuk memulakan penerbitan majalah  ‘Vallinam’ sebagai majalah bercetak yang mengandungi pendekatan sastera Tamil moden pada tahun 2007. Mulai tahun 2009, usaha penerbitan majalah ‘Vallinam’ diteruskan sebagai majalah dalam talian.

Pada tahun 2014, majalah koleksi laporan penyelidikan yang berjudul ‘Parai’ telah diterbitkan di bawah penyeliaan M.Navin. Majalah yang dicetak sekali dalam suku tahunan itu diberhentikan setelah diterbitkan sebanyak enam edisi. Majalah tersebut mengandungi koleksi laporan penyelidikan yang dilakukan berdasarkan kesusasteraan Melayu dan Cina, kesusasteraan Tamil di Sri Lanka, isu kewarganegaraan dan kesusasteraan am sedunia.

M.Navin pernah berkhidmat sebagai editor dalam penerbitan surat berita ‘Mugavari’ yang diterbitkan  secara selang dua minggu sekali. Surat berita tersebut diterbitkan di bawah naungan syarikat surat khabar ‘Tamil Nesan’. Surat berita tersebut diberhentikan penerbitannya selepas dicetak sebanyak lima edisi.

Penglibatan dalam kesusasteraan

Dalam tempoh sepuluh tahun secara berturut-turut dari 2009 hingga 2018, M.Navin menerbitkan dan memperkenalkan pelbagai hasil karya penulis Tamil Malaysia dan Singapura dengan menganjurkan majlis aprisiasi kesusasteraan Tamil yang dikenali sebagai ‘Kalai Ilakiya Vizha’.

M.Navin pernah berusaha untuk mempelbagaikan sumbangannya dalam bidang seni sastera dengan menganjurkan pameran lukisan, pameran foto, pementasan teater drama dan majlis pelancaran buku.

Setakat ini, beliau pernah mengarang koleksi dokumentari berkaitan biografi 14 sasterawan Tamil veteran yang tinggal di Malaysia dan Singapura.

Penghasilan karya

Sehingga kini,  M.Navin telah mengarang dan menerbitkan 15 koleksi karya termasuk sebuah novel, tiga koleksi puisi, tiga koleksi cerpen, tiga koleksi petikan, tiga koleksi kritikan karya sastera, satu koleksi temu bual, satu koleksi karangan mengenai pengalaman peribadi dan sebuah lagi koleksi pengalaman pengembaraan.

Cerpen 'Bunian' hasil karya M.Navin yang asalnya ditulis dalam Bahasa Tamil telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh S.T.Saravanan. Terjemahan cerpen itu telah diterbitkan dalam Dewan Sastera Mei 2021.[7]

Eksentrika turut menerbitkan terjemahan beberapa cepen dalam Bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam Bahasa Tamil oleh M.Navin.[8]

Penerbitan

Menerusi syarikat penerbitannya iaitu ‘Vallinam Publication’, M.Navin telah menerbitkan lebih daripada 39 buku yang mengandungi hasil karya penulis-penulis lain. Beliau juga mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku-buku rujukan dan buku latihan topikal untuk kegunaan murid sekolah Tamil menerusi syarikat penerbitan ‘Yaal’.

Rujukan

WikiPedia: Navin Manogaran http://www.puthiyathalaimurai.com/newsview/89566/T... http://vallinam.com.my/navin/?p=3664 https://www.aransei.com/news/malaysian-government-... https://eksentrika.com/?_wpnonce=00cdd84c2a https://eksentrika.com/eksentriks/m-navin/ https://online.fliphtml5.com/phixd/oyic/#p=87 https://tamil.indianexpress.com/literature/malaysi... https://www.thehindu.com/books/books-reviews/rebel... https://www.vikatan.com/arts/literature/why-naveen... https://www.youtube.com/watch?v=lU6txbnIpN8